Friday, May 29, 2009

Serba sedikit tentang diri ini.

Aku segan untuk mengaku aku adalah pelukis. Walau kerja aku melukis tapi susah untuk aku terima hakikat ini karana hanya aku dan Tuhan saja yang tahu siapa diri aku sebenarnya. Asal dari sebuah negeri nun jauh di utara yang dulunya dikenali sebagai negeri Perlis dan sekarang tetap juga disebut sebagai Perlis dan sampai bila-bila nama ini takkan berubah kerana jika nama ini ditukar berjuta-juta keping peta dunia akan menjadi 'expired'dan tidak dapat dipercayai lagi. Aku yang tinggal di sebuah kampung yang aman damai lagi mempesona iaitu Kampung Sungai baru Utan Aji menganggap seni tampak adalah disiplin ilmu yang sangat memberi kesan dalam kehidupan aku berbanding ilmu-ilmu duniawi lain. Aku banyak belajar melalui pembacaan dan eksperimen-eksperimen tak menjadi yang banyak dilakukan sebaik sesuatu ide muncul tenggelam timbul pada komputer biologi canggih kurniaan Tuhan di dalam benda keras disebut tengkorak. Kadang-kadang ide-ide ini datang melalui penghayatan atau secara tiba-tiba dari alam ghaib yang aku sendiri x pasti punca sebenarnya. Aku sebenarnya suka berangan-angan jauh ke alam setengah sedar mencari apa yang disebut sebagai 'surealisme' itu menjadi pegangan catanku. Namun,'Realisme' itu tetap akan kupegang kerana aku bukanlah makhluk yang derhaka kepada tuhan untuk menjadi 'absurdis' dan lantas mengenepikan segala keindahan tuhan dengan melihat semuanya menjadi tidak bermakna.

Aku taklah pandai sangat melukis tapi aku kena terus jugak melukis sebab aku dah tak tahu macam mana nak berhenti dari terus buat benda nih!. Lantaklah di mana benda alah ni akan membawa aku dah tak kisah sebab aku boleh gila kalau aku terus tinggal benda ni.. lagipula aku lebih banyak menimbulkan persoalan daripada menghuraikan persoalan. Apalagi nilai intrinsik dan esktrinsik juga aku sendiri tak tahu di mana letaknya. Apapun, anak panah sudah di busurnya! Sasaran sudah ditanda! akan kulepaskan ia sehingga mengena! Aku dapat rasakan ia akan mengena... Suatu hari nanti.. Ya!... Suatu hari nanti.....




Kembara Arjuna no.1
110 cm x 130 cm
2008
Acrylic & Oil on canvas

3 comments:

  1. yeaaaa... akhirnya rudy pn buat blog
    adakah aku org ptama yg comment ngeee :D

    ReplyDelete
  2. yaaa sememangnya hang lah orang yang pertama x syak lagi.. aku memang gini laa lambat skit dalam bab2 teknologi dan arus pemodenan..

    ReplyDelete
  3. ha..ha....
    akulah org yg kedua memberi komen disini....
    nape x ckp ang dah wat blog....
    adeh...
    pehalpon....good job bro....
    & 'slmt pengantin baru'

    ReplyDelete